Kerajaan dan lima lagi pihak menyifatkan banjir yang melanda Taman Sri Muda di Shah Alam, Disember tahun lalu sebagai acts of god (bencana alam).
Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman 50 mangsa banjir, defendan-defendan berkata usaha mitigasi telah diambil terhadap risiko banjir di situ.
Menurut mereka, banjir berlaku disebabkan hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurut mereka lagi, ia disebabkan oleh Ribut Rai, musim tengkukuh dan sistem tekanan angin rendah daripada Laut China Selatan memasuki semenjanjung melalui Pahang dan ke tengah semenanjung menghala ke Selat Melaka.
Keadaan itu di luar kawalan manusia, kata mereka lagi.
Keadaan diburukkan lagi dengan fenomena air pasang tinggi bermula 16 hingga 23 Disember 2021, menyebabkan paras air Sungai Klang menjadi tinggi.