Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir kilat di Shah Alam, Klang berikutan hujan lebat
Diterbitkan:  Nov 10, 2022 6:46 PM
Dikemaskini: 11:04 AM

Beberapa lokasi di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat petang ini berikutan hujan lebat yang bermula sejak awal tengah hari tadi.

Berdasarkan maklumat awal daripada pihak berkuasa, kawasan terjejas ialah Kampung Melayu Subang di Shah Alam; Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan SMK Meru di Klang.

Antara lokasi terjejas teruk ialah Kampung Budiman di Puncak Alam yang menyaksikan kira-kira 20 rumah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi.

"Seorang warga emas di Kampung Budiman terpaksa diselamatkan menggunakan bot bomba. Setakat ini air sudah mula surut dan kita sedang memantau keadaan," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

Terdapat juga video tular di media sosial menunjukkan air banjir melimpah masuk ke pekarangan sebuah sekolah di Meru.

Di Taman Setia Warisan di Seksyen U6, Kampung Melayu Subang, Norazam berkata kira-kira 20 lagi rumah turut dilanda banjir kira-kira jam 5 petang tadi, namun tiada penduduk dipindahkan setakat jam 6 petang.

Memandangkan beberapa lokasi masih mengalami hujan lebat, orang ramai membangkitkan kebimbangan kemungkinan keadaan menjadi lebih buruk.

V Ganabatirau, yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Klang, menyiarkan di Facebook beberapa gambar pintu kunci air di Sri Muda dan mengatakan ia dijangka ditutup petang ini.

“Pintu kunci air di Sri Muda masih dibuka aliran air hujan ke Sungai Klang. Difahamkan pada jam 4.30 petang akan ditutup memandangkan paras air Sungai Klang akanmeningkat.

“Masa itu itu kita bergantung sepenuhnya dengan pam air untuk mengeluarkan air hujan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS