Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Ijazah palsu’: Pempengaruh mahu saman calon BN Pengkalan Chepa

Seorang personaliti media sosial, Liyana Marzuki berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin berhubung isu dakwaan ijazah kedoktoran palsu.

Liyana berkata, pendedahan dia sebelum ini hanya menuntut penjelasan calon BN itu.

"Saya juga ingin saman kerana dia kata saya pemfitnah. 

“Bahkan laporan polis dibuatnya juga ada nama saya," ujarnya kepada Malaysiakini.

Mohd Hafiezulniezam mempertahankan dia mempunyai ijazah daripada universiti di Indonesia dan membuat laporan polis berkaitan isu itu.

Liyana di laman sosial Facebooknya mendedahkan “bukti” dari Universitas Gajah Mada (UGM) bahawa calon berkenaan tidak menamatkan pengajian.

Dia juga turut menyemak pangkalan data Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia yang merekodkan calon berkenaan belum tamat pengajian.

Sementara itu, semakan Malaysiakini di laman sama petang ini mendapati terdapat calon bernama "Mohd Hafiezulniezam" dengan status "hilang".

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia adalah orang yang sama atau mempunyai nama serupa.

Sementara itu, Liyana mengancam untuk membuat laporan polis jika tiada kenyataan dan bukti daripada Mohd Hafiezulniezam dalam tempoh 24 jam.

"Semoga jadi pengajaran kepada calon wakil rakyat santuni pertanyaan pengundi. Bukan dengan ugut saman dan lapor polis.

"Saya aktivis politik. Bukan orang parti Pakatan Harapan (PH) Dan Perikatan Nasional (PN) punya doktor pun saya tanya. Sebab ada isu juga," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS