Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PH janji bantuan banjir hingga RM50,000 jika menang PRU

Pakatan Harapan (PH) Pahang menawarkan bantuan sehingga RM50,000 kepada mangsa banjir yang kediaman mereka rosak teruk jika memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). 

Ketua angkatan muda PH Pahang Young Syefura Othman berkata, nilai bayaran bantuan itu diambil kira berdasarkan kerugian dialami. 

"Ini adalah tawaran kami selepas mendengar pelbagai rintihan daripada mangsa banjir. 

"Ada antara mereka mendakwa jumlah bantuan diberikan kerajaan sebelum ini tidak mencukupi jika dibandingkan dengan nilai kerosakan dialami mereka. 

Kesan banjir di Pahang pada 2021, gambar hiasan

"Malah, ada antara mangsa memaklumkan tidak menerima sebarang berita selepas kira-kira 10 bulan berlalu," katanya dalam kenyataan media di Kuantan, hari ini. 

Dia yang juga calon parlimen Bentong berkata masih terdapat mangsa banjir belum menerima bantuan baik pulih rumah seperti dijanjikan kerajaan BN sekarang.

Katanya, PH Pahang juga akan menambah baik tahap kesiapsiagaan melalui penyelarasan kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) jika dipilih sebagai kerajaan negeri. 

"Kita perlu sedar dan ingat bahawa PRU15 bukan hanya untuk memilih wakil rakyat, tetapi memilih kerajaan yang berfungsi, telus dan mengambil berat kebajikan rakyat. 

"Calon PH bagi kerusi Bentong sudah mengorak langkah dalam hal ini dan berharap pengundi dapat keluar beramai-ramai memilih calon paling berwibawa pada 19 November ini," katanya. 

Young Syefura turut meminta pengundi parlimen Bentong turut memberi sokongan kepada calon daripada PH dan memastikan kemenangan mereka. 

Parlimen Bentong mempunyai empat kerusi DUN. 

Kerusi DUN Sabai akan ditandingi penyandangnya, D Kamache, DUN Bilut turut menyaksikan penyandangnya, Lee Chin Chen manakala DUN Ketari, Thomas Su Keong Siong,

Thomas adalah ahli jawatankuasa tertinggi DAP Pusat dan sebelum ini memenangi kerusi parlimen Kampar, Perak. 

Kerusi DUN Pelangai pula diwakili calon daripada AMANAH, Ahmed Wafiuddin Shamsuri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS