Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Muka tak malu, tanding tiket BN mengaku ahli PAS'

PAS menempelak calon BN Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi yang mengaku masih lagi ahli parti itu meskipun bertanding menggunakan tiket BN.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata ahli parti boleh terlucut keahlian apabila bertanding atas tiket parti lain.

"Muka tak malu, kita bukan ahli PAS tapi kita bagi tahu masih ahli PAS, bolehkah ahli PAS bertanding atas tiket BN?" katanya dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Kenyataan Takiyuddin dipercayai merujuk kepada Che Abdullah yang didakwa masih mengaku ahli PAS meskipun bertanding menggunakan logo BN.

Che Abdullah memenangi kerusi Tumpat atas tiket PAS  dengan 17,500 undi, menewaskan calon BN, Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH) Nordin Salleh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Nama Che Abdullah tidak disenaraikan sebagai calon oleh PAS bagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRU kali ini.

Takiyuddin berkata mana-mana ahli PAS bertanding atas tiket parti lain akan gugur keahlian parti itu secara automatik.

Takiyuddin Hassan

Dua bekas wakil rakyat PAS bertanding menggunakan logo BN dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas tidak dicalonkan parti itu.

Che Abdullah cuba mempertahankan kerusi Tumpat yang dimenanginya sebelum ini dengan tiket BN, begitu juga dengan penyandang kerusi Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali.

Dalam pada itu Takiyuddin yang juga penyandang parlimen Kota Bharu turut memaklumkan seseorang ahli PAS boleh terhenti atas tiga faktor iaitu yang pertama disebabkan permintaan sendiri.

“Manakala faktor kedua dipecat serta ketiga apabila mengisytiharkan diri keluar dari PAS dengan menyertai politik lain.

“Menyertai politik kain tidak semestinya menjadi ahli, sebaliknya bertanding atas tiket parti lain juga  dianggap keahliannya secara automatik terbatal,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS