Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin umum cuti umum jika PN menang PRU15
Diterbitkan:  Nov 7, 2022 10:14 AM
Dikemaskini: 2:14 AM

Bagi membolehkan pengundi luar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tanpa perlu memohon cuti, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengumumkan cuti umum akan diisytiharkan.

Katanya, jika gabungan itu menang kali ini, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan diberi cuti pada Ahad, 20 November manakala bagi negeri-negeri lain pula mereka akan diberikan cuti pada Isnin, 21 November.

“Jika PN menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu, 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan hari Isnin bagi negeri-negeri lain,” katanya yang dipetik portal Harakahdaily.

Pengumuman itu dibuat semasa berucap pada Majlis Pelancaran Manifiesto Tawaran PN di Shah Alam Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, cuti berkenaan adalah tawaran tambahan manifesto PN yang diumumkannya, sebelum itu.

PN semalam berjanji akan menyediakan lebih RM10 bilion bagi pelbagai dana dan insentif jika gabungan itu menjadi kerajaan.

Dana dan insentif berkenaan adalah untuk pelbagai sektor membabitkan teknologi, pertanian, sekolah dan alam sekitar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS