Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rumah di Kg Baru terbakar
Diterbitkan:  Nov 6, 2022 10:17 PM
Dikemaskini: 2:17 PM

Sebuah premis yang dibahagikan untuk membuat lima rumah kecil di Kampung Baru, Kuala Lumpur terbakar awal malam ini dan menyaksikan anggota bomba bergegas mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.19 malam dan menghantar 36 anggota bomba ke lokasi kejadian bersama lima jentera dan sebuah lori tangki air.

Setakat jam 9.30 malam, bomba masih memadamkan kebakaran, kata jurucakap jabatan itu.

"Kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 80x40 kaki persegi melibatkan lima pintu dan terbakar 90 peratus.

"Tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di rumah berhampiran.

"Tiada mangsa yang terlibat. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," kata Rahmat Kamarulzaman, komander operasi kanan jabatan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS