Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penamaan tertangguh di Tenom, gas pemedih mata dilepaskan
Diterbitkan:  Nov 5, 2022 2:01 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Gas pemedih mata dilepaskan di pusat penamaan calon di Tenom, Sabah hari ini ini.

Sebelum ini, tersebar video klip penyokong parti politik cuba merempuh masuk ke pusat penamaan, menyebabkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata.

Pegawai pengurus pilihan raya pada jam dua petang mengumumkan menerima enam borang pencalonan, tetapi hanya membacakan lima nama.

Mereka ialah penyandang Norita Sual (Pakatan Harapan), Ukin Buandi (Warisan), Ridhuan Rubin (IND), Jamawi Jaafar (BN) dan Peggy Chaw Zhi Ting (bebas).

Agensi berita nasional melaporkan, mereka difahamkan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Peter Anthony dari parti itu ditolak pegawai pengurus pilihan raya.

Mei lalu,  Anthony didapati bersalah memalsukan dokumen kontrak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan didenda RM50,0000 dan penjara tiga tahun. 

Dia merayu terhadap keputusan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Dewan DSP Antanom dan sedang menunggu laporan terperinci.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (pesuruhjaya polis) Sabah,” dia dipetik sebagai berkata kepada Bernama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS