Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya bukan ‘bayang-bayang’ Azmin, kata Amirudin 

Enggan dikaitkan sebagai “bayang-bayang” kepada ahli majlis tertinggi Bersatu Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menolak pandangan tersebut. 

Menjawab soalan pemberita, dia menganggap bekas timbalan presiden PKR itu sebagai “terpesong” dan akhirnya menubuhkan kerajaan yang tidak stabil. 

Mereka sebelum ini dianggap mempunyai hubungan mentor-anak didik sewaktu Azmin menyandang jawatan nombor dua dalam PKR.

Parlimen Gombak hari ini secara rasminya menyaksikan lima penjuru yang.

Perang bendera di Gombak

“Itu pandangan yang dah lama… Dah dua tahun lebih (saya) tak ikut jejak beliau. (Saya) setia dengan PH kerana perjuangan dan juga kerana dasar kita yang jelas untuk kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia. 

“Dan beliau ambil langkah dan terpesong ke jalan lain, dan terbukti lahirkan kerajaan yang tidak stabil.

“Jadi kalau saya ikut shadow (bayang-bayang) dia, sudah pasti saya akan ikut beliau ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon. 

Bagaimanapun, Adun Sungai Tua itu enggan mendedahkan lagi tawarannya untuk pengundi di Gombak pada PRU15 sekiranya menang. 

Katanya, ada beberapa isu yang akan ditekankan dalam masa terdekat ini. 

Azmin: Saya akan terus kerja kuat

Azmin yang merupakan penyandang tiga penggal berturut-turut di kerusi itu berkata sebagai penyandang dia mempunyai kelebihan tertentu. 

“Tetapi pengundi sangat matang kerana mereka mahu lihat sama ada calon atau penyandang itu memberikan khidmat kepada kawasan tersebut dan rakyat di sesuatu kawasan tersebut,” katanya yang yakin telah lakukan sedaya upaya untuk kawasan itu. 

“Alhamdulillah, sambutan cukup meyakinkan. Namun saya harus terus bekerja kuat.

“Saya taklah ambil mudah, kerana kematangan pengundi-pengundi hari ini cukup tinggi (kerana) mereka ingin lihat calon yang benar-benar berupaya untuk bentuk sebuah kerajaan yang bersih, kuat dan prihatin,” katanya. 

Sementara itu, calon BN Megat Zulkarnain Omardin pula berkata dia tidak mahu terlalu yakin dengan pertembungan kali ini. 

Megat Zulkarnain Omardin

Ini kerana dia menyifatkan sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh dua minggu ini. 

“Tak ada apa yang mustahil… (contohnya) orang tak pernah fikir BN boleh kalah PRU14.

“Dan tak mustahil (juga) BN kembali sebagai kerajaan negeri (pada) pilihan raya negeri,” katanya.

Parlimen Gombak menyaksikan pertandingan lima penjuru selepas pegawai SPR Nor Azlina Abdul Aziz mengumumkan nama calon-calon yang bertanding. 

Mereka merupakan Azmin (PN), Amirudin (PH), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA), Megat (BN) dan Zulkifli Ahmad (Bebas). 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS