Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mohamaddin Ketapi umum tidak pertahan Lahad Datu
Diterbitkan:  Nov 4, 2022 4:53 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama berkata mahu memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat Segama.

"Saya akan fokus serta meneruskan tugas selaku Adun Segama dengan memberi tumpuan kepada bantuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Rakyat tertekan akibat peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya dalam sidang media di Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini, Mohamaddin menyatakan kesediaannya bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada PRU14, Mohamaddin memenangi kerusi Parlimen berkenaan atas tiket Parti Warisan dengan majoriti 6,401 undi mengatasi empat pencabar lain.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS