Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seorang pemimpin NGO mengumumkan akan bertanding di parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Pertubuhan Peneraju Insan, R Indrani mengesahkan bahawa akan bertanding di parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong.

"Ya, saya tanding parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong.

"Saya tanding atas kapasiti mewakili NGO kami di Sungai Siput,"

"Saya tidak risau tanding sebagai bebas dan percaya mampu beri saingan kepada calon-calon lain berdasarkan perkhidmatan NGO kami di Sungai Siput sejak tiga tahun ini," katanya.

Indrani berumur 50 tahun berpendidikan ijazah sarjana muda undang-undang (LLB) dari University of London.

Dengan pengumuman ini, Sungai Siput bakal menghadapi sekurang-kurangnya lima penjuru pada PRU 15.

Selain, penyandangnya S Kesavan mewakili PH, Presiden MIC SA Vigneswaran bertanding di bawah BN dan gabungan PN ditandingi Irudianathan Gabriel dan Pejuang mempertaruhkan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar.

Indrani merupakan bekas bendahari cabang PKR Sungai Siput yang mengakui dirinya ahli seumur hidup PKR mendakwa dia dinafikan bertanding jawatan ketua cabang atas alasan dipecat daripada parti itu pada November 2020 tanpa pengetahuannya.

Parlimen itu kini mempunyai jumlah 72,395 pengundi.

Pengundi Melayu terdiri 24,788, Cina (24,965), India (15,318) dan Lain-lain sebanyak 7,013 pengundi.

Hari penamaan calon diadakan 5 Nov esok, sementara hari pengundian pada 19 Nov.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS