mk-logo
Berita
Akujanji sokong Zahid jadi PM palsu - Shamsul Anuar
Diterbitkan:  Nov 2, 2022 9:57 PM
Dikemaskini: Nov 3, 2022 6:09 AM

Pengarah Komunikasi BN Shamsul Anuar Nasarah membidas salinan tular akujanji yang kononnya calon Umno perlu menyokong Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri.

Pengarah Komunikasi BN Shamsul Anuar Nasarah membidas salinan tular akujanji yang kononnya calon Umno perlu menyokong Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri.

"Disahkan bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar.

"Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan.

"Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan Umno Barisan Nasional di ketika musim PRU15 ini," katanya pada satu kenyataan di Facebook media rasmi BN Comms.

Shamsul, yang merupakan penyandang parlimen Lenggong, menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan dokumen palsu itu.

Antara aku janji dalam dokumen palsu itu termasuk ikrar untuk menyokong Zahid sebagai perdana menteri, untuk menghentikan semua siasatan terhadap pemimpin parti dan menyokong pembentukan kerajaan dengan mana-mana parti lain.

Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim baru-baru ini menyoal jika benar dakwaan ketiadaan permusuhan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Zahid menjelang pilihan raya umum mungkin menjadi petunjuk kemungkinan pakatan selepas PRU15.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS