Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengumumkan muka baru Shazwan Zdainal Abidin sebagai calon PH bagi berdepan penyandang kerusi itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
DAP memperoleh peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pontian daripada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), selepas perbincangan lanjut antara kedua-dua parti itu Sabtu lepas.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Pontian kini adalah sebahagian daripada 55 kerusi Parlimen yang akan direbut parti itu pada PRU15.
“Kami berlawan untuk beberapa kerusi kawasan Melayu pada pilihan raya ini, kami ada Mersing, Ayer Hitam dan sekarang Pontian adalah kerusi kawasan Melayu terakhir selepas perbincangan.
“Kami sebenarnya minta (kerusi Parlimen) Sembrong, tetapi PKR mahu kekalkan (bertanding) kerusi itu, jadi kami diberi Pontian dan calonnya dari Johor,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan dan penyerahan watikah kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH)-DAP di Kuala Lumpur hari ini
Ketika majlis penyerahan watikah itu, Loke turut mengumumkan muka baru Shazwan Zdainal Abidin sebagai calon PH di Pontian.
Sebelum ini, PKR bercadang untuk menaikkan anggotanya Mohd Sayfaul Arifin Abd Karim sebagai calon Parlimen Pontian.
Terdahulu, Loke dalam ucapannya berkata DAP mempertaruhkan 83 calon di 55 kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN pada PRU15.
Katanya daripada 55 calon Parlimen, 14 orang atau kira-kira 25 peratus adalah calon wanita dan kesemua mereka dalam lingkungan umur 45 tahun.
“Malah seramai 21 calon Parlimen kita berumur bawah 40 tahun. Ini bermakna calon-calon yang kita kemukakan pada pilihan raya adalah muda-muda belaka,” katanya.
Bagi kerusi DUN pula, Loke berkata satu kerusi DUN ditandingi di Perlis, 19 di Perak dan lapan di Pahang, menjadikan keseluruhan 28 kerusi DUN.
Beliau turut mengumumkan semua penyandang kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Lim Lip Eng bagi Kepong, Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) dan Tan Kok Wai di Cheras.
Ditanya mengenai janji PH untuk menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) jika diberi mandat selepas PRU15, Loke berkata ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.
“Jadi dalam PRU15 ini, manifesto kami terus menjanjikan penstrukturan semula tol.
“Kami harap dapat menghapuskan sepenuhnya tol, bagi meringankan beban rakyat, tetapi ia tidak dapat dilakukan serta-merta namun boleh dibuat secara berperingkat, itu adalah pendekatan realistik yang kami ambil,” katanya.
- Bernama
Senarai bakal calon DAP bagi kerusi parlimen dan DUN:
PERLIS
N01 Titi Tinggi - Teh Seng Chuan
KEDAH
P012 Jerai - Zulhazmi Shariff
PULAU PINANG
P043 Bagan - Lim Guan Eng
P045 Bukit Mertajam - Steven Sim Chee Keong
P046 Batu Kawan - Chow Kon Yeow
P048 Bukit Bendera - Syerleena Abdul Rashid
P049 Tanjong - Lim Hui Ying
P050 Jelutong - R.S.N Rayer
P051 Bukit Gelugor - Ramkarpal Singh
PERAK
P054 Gerik - Ahmad Tarmizi Mohd Jam
P060 Taiping - Wong Kah Woh
P064 Ipoh Timor - Howard Lee Chuan How
P065 Ipoh Barat - M. Kulasegaran
P066 Batu Gajah - V. Sivakumar
P068 Beruas - Datuk Ngeh Koo Ham
P070 Kampar - Chong Zhemin
P076 Teluk Intan - Nga Kor Ming
N17 Pokok Assam - Ong Seng Guan
N18 Aulong - Teh Kok Lim
N22 Jalong - Loh Sze Yee
N25 Canning - Jenny Choy Tsi Jen
N26 Tebing Tinggi - Dr Abdul Aziz Bari
N27 Pasir Pinji - Goh See Hua
N28 Bercham - Ong Boon Piow
N29 Kepayang - Nga Kor Ming
N30 Buntong - M. Thulsi Thivani
N31 Jelapang - Cheah Pou Hian
N32 Menglembu - Chaw Kam Foon
N33 Tronoh - Tiw Tee Siang
N37 Pantai Remis - Wong May Ing
N38 Astaka - Jason Ng Thien Yeong
N41 Malim Nawar - V. Bavani
N42 Keranji - Koo Haai Yen
N55 Pasir Bedamar - Woo Kah Leong
N56 Changkat Jong - Badrul Hisham Badarudin
N57 Sungkai - A. Sivanesan
PAHANG
P078 Cameron Highlands - Chiong Yoke Kong
P079 Lipis - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
P080 Raub - Chow Yu Hui
P089 Bentong - Young Syefura Othman
N01 Tanah Rata - Ho Chi Yang
N07 Tras - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
N20 Pulau Manis - Muhammad Khairil Khalid
N30 Mentakab - Woo Chee Wan
N33 Bilut - Lee Chin Chen
N34 Ketari - Su Keong Siong
N35 Sabai - D. Kamache
N38 Triang - Leong Yu Man
SELANGOR
P102 Bangi - Syahredzan Johan
P103 Puchong - Yeo Bee Yin
P106 Damansara - Gobind Singh Deo
P110 Klang - V. Ganabatirau
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
P114 Kepong - Lim Lip Eng
P117 Segambut - Hannah Yeoh Tseow Suan
P120 Bukit Bintang - Fong Kui Lun
P122 Seputeh - Teresa Kok Suh Sim
P123 Cheras - Tan Kok Wai
NEGERI SEMBILAN
P128 Seremban - Anthony Loke Siew Fook
P130 Rasah - Cha Kee Chin
MELAKA
P138 Kota Melaka - Khoo Poay Tiong
JOHOR
P142 Labis - Pang Hok Liong
P145 Bakri - Tan Hong Pin
P148 Ayer Hitam - Sheikh ‘Umar Bagharib Ali
P152 Kluang - Wong Shu Qi
P154 Mersing - Fatin Zulaikha Zaidi
P162 Iskandar Puteri - Liew Chin Tong
P163 Kulai - Teo Nie Ching
P164 Pontian - Shazwan Zdanial Abidin
SABAH
P172 Kota Kinabalu - Chan Foong Hin
P175 Papar - Henry Shim Chee On
P180 Keningau - Grelydia Gillod
P181 Tenom - Noorita Sual
P185 Batu Sapi - Liau Fui Fui
P186 Sandakan - Vivian Wong Shir Yee
P188 Lahad Datu - Sia Yu Hock
SARAWAK
P192 Mas Gading - Mordi Bimol
P195 Bandar Kuching - Dr Kelvin Yii Lee Wuen
P196 Stampin - Chong Chieng Jen
P199 Serian - Learry Jabul
P208 Sarikei - Roderick Wong Siew Lead
P211 Lanang - Alice Lau Kiong Yieng
P212 Sibu - Oscar Ling Chai Yew
P217 Bintulu - Tony Chiew Chan Yew