Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar rayu pengundi beri mandat jelas kepada PH

PRU15 | Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim merayu rakyat khususnya pengundi atas pagar supaya memberikan mandat yang jelas kepada gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Berucap pada majlis pelancaran manifesto PH di Klang hari ini, Anwar berkata kemenangan PH penting bagi menyelamatkan negara ini daripada rasuah dan politik yang tidak berkesudahan.

"Untuk menyelamatkan negara daripada politik yang tidak berkesudahan, dan rasuah, saya rayu agar rakyat, memberikan kesempatan supaya PH muncul sebagai parti mempunyai majoriti jelas dalam PRU akan datang, supaya kita tidak diugut, supaya tidak lagi ulangi kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri (Yaakob).

"70 anggota kabinet hanya memenuhi selera dan tembolok bersama bukan untuk mempertahankan agenda tapi jaga kedudukan mereka sendiri, menteri, duta khas atau penasihat

"Kita harus hentikan rompakan dan kegilaan ini, dan caranya ialah rakyat beri mandat yang cukup jelas bagi kita," kata Anwar.

Ketika diminta mengulas lanjut pada sidang akhbar kemudiannya, Anwar berkata mandat yang jelas bermaksud PH mendapat majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi parlimen.

“Rayuan saya kepada pengundi atas pagar adalah untuk menggunakan peluang ini untuk memilih wakil rakyat yang komited untuk agenda reformasi Harapan.

"Jika mereka memilih untuk memilih wakil rakyat (lain), katakan daripada BN, anda (menyokong) sistem yang berakar umbi dengan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS