Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MIC memutuskan akan tetap bertanding dalam PRU15.

Keputusan itu susulan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat parti itu yang berjalan selama kira-kira dua jam, hari ini.

Terdahulu MIC dilaporkan sedang menimbang untuk tidak meletakkan sebarang calon dalam PRU15 kerana tidak puas hati berkenaan pengagihan kerusi.

Namun, presidennya SA Vigneswaran dalam sidang media selepas mesyuarat hari ini berkata pihaknya berpuas hati dengan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

"Saya ingin maklumkan selepas BN mengumumkan calon kerusi parlimen MIC, MIC memutuskan ia satu keputusan yang adil oleh kepimpinan gabungan berkenaan kerusi yang diberikan kepada parti kami," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS