Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

ULASAN | Terungkai sudah nama-nama calon yang diberi kepercayaan oleh parti bagi menghadapi PRU ke-15 seperti diumumkan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, yang menamakan calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta berpengalaman, selain gandingan muka baru dan muka lama.

Perkiraan itu tentulah dibuat dengan mengambil kira keperluan dan keadaan politik semasa.

Menariknya, kali ini tiga calon wanita muda datang dari Kelantan.

Walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan penyokong, saya melihat ini satu pembaharuan dan rejuvenasi yang berani diambil oleh Ahmad Zahid dalam memberi kemenangan sekurang-kurangnya sembilan daripada 14 kerusi bagi menubuhkan kerajaan pusat.

Bagi saya, kita semua mestilah berjiwa besar dan berlapang dada dengan pilihan yang telah dibuat.

Tentunya percaturan yang berbeza kali ini akan membuahkan hasil yang berbeza daripada sebelumnya.

Harapan saya kepada calon-calon BN yang terpilih, buatlah sehabis baik dalam memenangi hati jentera dan pengundi.

Jika ada calon yang berkempen sambil lewa, mereka akan dianggap seolah-olah mensabotaj amanah yang telah diberikan parti kepada mereka.

Junjunglah amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

Selamat berkempen dengan berhemah. Tambatlah hati pengundi dengan aku janji yang menarik.


NOOR HARIRI MOHAMED NOOR ialah ketua Pemuda BN Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS