Paling Popular
Terkini

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata keputusan untuk tidak mengadakan pakatan pilihan raya dengan PSM di kerusi Parlimen Sungai Siput adalah kerana kerusi itu secara teknikal dimenangi di bawah tiket PKR sejak tiga pilihan raya lalu.

“Ia bukan tentang memberi peluang, ia mengenai parti mana yang mempunyai peluang terbaik, dari segi jentera, sokongan dan rekod prestasi yang boleh memenangi kerusi itu.

“Lagipun, saya fikir keputusan itu terserlah pada PRU lalu apabila PSM bertanding atas tiketnya sendiri. Dan saya angkat topi kepada Dr Michael (Jeyakumar Devaraj). Tiada siapa yang nafikan dia sebagai pekerja sosial.

"Tetapi bila PSM bertanding atas tiket sendiri, mereka hilang wang pertaruhan," katanya kepada pemberita semasa sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Rafizi merujuk kepada pilihan raya umum 2018 (PRU14) apabila PSM mempertaruhkan pengerusinya Jeyakumar di Sungai Siput, tetapi kehilangan wang deposit dalam pertandingan dengan tiga parti lain - PKR, MIC dan PAS.

Kesavan Subramaniam dari PKR memenangi kerusi parlimen itu dengan 20,817 undi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS