Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno Tangga Batu akur, serah kerusi kepada MCA
Diterbitkan:  Nov 1, 2022 11:44 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

BN mempertaruhkan hak pencalonan bagi kerusi Tangga Batu di Melaka kepada MCA.

Pada sidang media malam semalam, Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad berkata pihaknya termasuk ketua-ketua Umno cawangan telah bersepakat dan menerima sebulat suara keputusan yang dibuat untuk menyokong calon MCA.

"Yang penting kita hendak kerajaan yang akan dibentuk selepas ini ialah BN yang boleh membela nasib rakyat," katanya yang dipetik portal Sinar Harian.

Pada tahun 2004, kawasan parlimen Batu Berendam telah dibahagikan kepada dua - Tangga Batu dan Bukit Katil.

Tangga Batu, kawasan majoriti Melayu, dianggap sebagai kubu kuat bekas ketua menteri Idris Haron pada satu ketika.

Mohamad Ali Mohamad

Bagaimanapun, Rusnah Aluai dari PKR berjaya merampas kerusi itu daripada BN pada pilihan raya 2018 dengan memperoleh 46.89 peratus undi.

Rusnah akan mempertahankan kerusinya pada PRU15 ini.

Mohamad Ali berkata, tidak ada masalah bagi calonj MCA diletakkan di Tangga Batu kerana parti itu pernah menang di kerusi Batu Berendam.

Katanya, bahawa pengundi Cina hanya membentuk 24 peratus daripada pengundi dan yakin dengan kebijaksanaan serta kematangan mereka akan memilih parti yang boleh menstabilkan kerajaan.

Idris Haron

"Kita yakin rakyat Tangga Batu akan pilih BN kerana kita ada kepelbagaian bangsa yang akan dibentuk dan akan membela keseluruhan rakyat, " katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS