Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Twitter rancang caj AS$20 sebulan ke atas pengguna sah

Rangkaian sosial Twitter merancang mengenakan bayaran AS$20 sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan yang merupakan sebahagian daripada baik pulih diumumkan Elon Musk, lapor Sputnik, memetik media pada Isnin.

Pekerja yang terlibat dalam projek itu dimaklumkan pada Ahad bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 Nov atau mereka akan kehilangan pekerjaan, lapor Verge.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion pada Jumaat lepas. Ciapannya pada Ahad bahawa "keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak”.

Langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 sebulan. Ciri baru itu, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 sebulan, lapor Verge.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS