Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doktor rakyat PN ikrar tamatkan penderitaan pengundi Klang
Diterbitkan:  Oct 31, 2022 11:08 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Perikatan Nasional Klang telah sebulat suara mencalonkan Dr Jaya Chandran Perumal sebagai untuk bertanding kerusi parlimen Klang.

Pencalonan Jaya Chandran disokong oleh parti tempatan PAS dan Gerakan.

Timbalan Ketua PN Klang Khalid Nayan menyifatkan Jaya Chandran sebagai "doktor rakyat".

“Walaupun belum menerima watikah pelantikan, tetapi nama Dr Jaya Chandran ini telah dihantar ke peringkat PN negeri dan pusat serta mendapat persetujuan daripada pimpinan tertinggi parti," katanya, lapor Berita Bersatu.

Jaya Chandran, 47, kini merupakan ketua sayap bersekutu Bersatu Klang.

Katanya, jika menang PRU15, dia akan menyediakan perkhidmatan perubatan percuma untuk golongan miskin.

“Saya sebelum ini bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan berhenti kerana menumpukan tugasan di klinik sendiri.

“Klinik yang saya akan buka di sini tidak lama lagi ini merupakan klinik kelima saya.

"Saya akan pastikan rakyat Klang akan mendapat rawatan dan menjalani kehidupan yang sihat,” katanya.

Dia berkata ketika kerusi Klang disandang DAP selama tiga penggal, banyak masalah tidak diselesaikan seperti banjir, saliran dan kebajikan.

Katanya, dia akan menamatkan penderitaan pengundi Klang sekiranya beliau dipilih.

"Saya juga akan bawa setiap permasalahan rakyat ke Parlimen untuk mendapat perhatian dan pembelaan,” katanya.

Klang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini kerana DAP telah menggugurkan penyandang kerusi parlimen itu selama tiga penggal Charles Santiago.

Dia akan digantikan oleh V Ganabatirau, Adun dua penggal bagi Kota Alam Shah dan Kota Kemuning.

Seorang lagi calon berpotensi untuk Klang ialah Dr Loo Cheng Wee dari Warisan. PN dijangka hanya mendedahkan senarai calon mereka malam esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS