Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedah lulus bantuan khas kewangan RM1,500 pada kakitangan awam
Diterbitkan:  Oct 30, 2022 1:00 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang kakitangan awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember nanti.

"Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini," katanya.

Muhammad Sanusi berkata kakitangan awam negeri juga terlibat dalam menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di Kedah.

Sementara itu, beliau berkata semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) akan menerima faedah kenaikan gaji sebanyak RM100 secara 'one-off' setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.

"Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara ini adalah sebanyak RM622,000," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS