Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,189 kes baru, satu kematian Covid-19
Diterbitkan:  Oct 30, 2022 8:15 AM
Dikemaskini: 12:15 AM

Sebanyak 3,189 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,896,922.

Jumlah kes aktif sebanyak 30,702, naik 28.5 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (1,190)

  • WP Kuala Lumpur (767)

  • Perak (306)

  • Sabah (181)

  • Pulau Pinang (156)

  • Negeri Sembilan (123)

  • Melaka (88)

  • WP Putrajaya (82)

  • Kelantan (61)

  • Kedah (59)

  • Sarawak (55)

  • Pahang (51)

  • Johor (46)

  • Terengganu (14)

  • WP Labuan (6)

  • Perlis (4)

Seramai satu lagi kematian dilaporkan di Selangor. Sejak minggu lepas, purata 2.9 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.2, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 158 laporan kematian bulan lepas dan 247 kematian pada bulan Ogos.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,464 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,312 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital, dengan 60 orang sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS