Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan kosong - Lim tergelak, jawab program belum mula

Pengerusi DAP Lim Guan Eng tergelak menonton video tular yang memaparkan dia sedang bercakap di sebuah dewan yang agak kosong.

Penyandang kerusi parlimen Bagan itu menjelaskan ketika dia sedang bercakap sekitar tengah hari Ahad lalu program masih belum bermula kerana ia hanya dijadualkan pada sebelah malam.

Katanya, ketika rakaman itu dibuat sedang bercakap dengan kakitangan dan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian anjuran DAP Bagan sebelum ia bermula.

"Saya hanya beri sedikit ucapan pembukaan (semasa raptai) kepada mereka. Tak ramai orang, dan bukan terbuka untuk orang ramai,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam video 25 saat yang tersebar di WhatsApp dan media sosial itu, Lim dilihat bercakap dalam bahasa Mandarin tentang mengapa artis antarabangsa mengelak daripada mengadakan konsert di Malaysia.

Kamera kemudian bergerak secara perlahan memaparkan seluruh dewan penuh dengan kerusi yang kosong.

Lim berkata apabila acara itu bermula semasa malam itu, ramai yang hadir. Dia berkongsi foto bagi membuktikan dia berucap di dewan yang penuh pada malam itu.

'Undi lebih penting penting, bukan jumlah orang ramai'

Katanya, majlis itu mendapat liputan akhbar Cina yang pasti menyebut dalam laporan mereka jika jumlah yang hadir adalah kecil.

Lim juga menolak tanggapan obsesi berhubung jumlah orang ramai yang hadir.

“Akhirnya, bukan jumlah orang ramai yang penting, tetapi undian,” katanya.

Bagaimanapun, Lim berkata jika pengkritiknya mahu melihat kehadiran yang ramai, mereka harus datang ke pelancaran bilik gerakan pilihan rayanya di Bagan pada malam Sabtu ini.

"Lepas tu kita tengoklah," katanya sambil tergelak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS