MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada Khamis 27 Oktober 2022.
Ujian akan dibuat di Kuala Muda, Kedah pada jam 11.30 pagi ke 1.30 petang dan di Bagan Belat, Pulau Pinang pada jam 12.30 tengahari ke 2.30 petang
"Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja," kata badan kaji cuaca itu.
MET Malaysia menjelaskan akan memberi makluman lanjut jika terdapat sebarang pindaan.
Untuk rekod, bencana tsunami melanda rantau ini susulan gempa di Laut Hindi pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 orang di negara ini.
Sejumlah 52 orang dilaporkan maut di Pulau Pinang, 12 di Kedah, tiga di Perak dan seorang di Selangor.