Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PSB pertaruh Baru Bian di Lawas
Diterbitkan:  Oct 26, 2022 5:12 PM
Dikemaskini: 2:33 PM

Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan meletakkan Setiausaha Agungnya Baru Bian sebagai calon untuk Lawas.

Presiden PSB Wong Soon Koh mengesahkan perkara ini, menurut laporan Malay Mail.

Baru atas tiket PKR mencatatkan kejutan pada 2018 apabila merampas Selangau daripada BN Sarawak.

Lawas telah lama menjadi kubu kuat BN dan kini dipegang oleh wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Henry Sum Agong.

Bagaimanapun, Baru boleh mengharapkan sokongan pengundi DUN Ba'kelalan - kawasan yang mengembalikannya ke dewan undangan Sarawak pada PRN 2021.

Ba'kelalan merupakan satu daripada dua DUN yang membentuk kawasan parlimen Lawas.

Kedua-dua Henry dan Baru daripada kumpulan etnik minoriti Lun Bawang. Henry berusia 76 tahun manakala Baru 64 tahun.

Sementara itu, Wong berkata PSB masih mencari calon untuk Selangau.

PSB juga meletakkan calon di kerusi Lubok Antu, Miri, Serian, Sri Aman and Sibu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS