Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
GLOBAL l Rishi Sunak - PM British termuda, pertama bukan berkulit putih

GLOBAL l Dipilih buat kali pertama ke Parlimen pada 2015, Rishi Sunak menjadi perdana menteri termuda Britain dalam tempoh lebih 200 tahun pada Isnin, dan kini ditugaskan untuk mengemudi negara itu melalui krisis ekonomi dan kemarahan yang memuncak di kalangan sesetengah pengundi.

Ia adalah kemenangan yang luar biasa buat Sunak selepas tewas kepada Liz Truss kurang dua bulan lalu apabila dia dituduh oleh beberapa pihak dalam Parti Konservatif menjatuhkan wira mereka, Boris Johnson.

Salah seorang ahli politik terkaya di Westminster, dia memasuki Downing Street berdepan cabaran untuk mengurangkan perbelanjaan awam yang besar dalam usaha membendung krisis fiskal, serta menangani masalah kos sara hidup, mogok musim sejuk dan perang Rusia di Ukraine.

Penyokongnya berkata bekas menteri kewangan itu adalah pilihan tepat yang mampu memulihkan kredibiliti Britain dengan pelabur yang menjual bon dan sterling selepas belanjawan mini Truss tidak menyakinkan mereka.

Namun bekas penganalisis dan rakan kongsi dana lindung nilai Goldman Sachs itu juga menghadapi cabaran dalam Parti Konservatif yang memerintah, dengan ada di antara ahli parlimen menyalahkannya atas peranannya dalam menggulingkan Johnson dan bimbang dia tidak mampu menggemudi parti itu untuk memenangi pilihan raya.

Pembangkang Parti Buruh berkemungkinan menggambarkannya sebagai ahli elit yang kaya raya, tidak memahami tekanan yang dihadapi oleh jutaan rakyat ketika Britain menjunam ke arah kemelesetan, diheret oleh kos makanan dan tenaga yang melonjak.

Ada yang bimbang dia tidak dapat menyatukan semula parti yang berpecah-belah dan membiasakan diri dengan menyingkirkan segera pemimpin yang mereka tidak suka.

[Baca berita penuh]

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS