Paling Popular
Terkini

Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mariah Khamis, meninggal dunia awal pagi tadi.

Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid al-Mustaqim, Ampang.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Pakatan Harapan (PH) Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini.

Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya"-Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Berita sedih itu turut dikongsikan Nurul Izzah Anwar di Facebook.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah.

"We love you, grandma. Al-Fatihah,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS