Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Charities Aid Foundation (CAF), sebuah badan amal berdaftar Britain meletakkan Indonesia di kedudukan teratas sebagai negara pemurah (generous) buat tahun kelima berturut-turut.

Kenya menduduki tempat kedua dalam laporan tahunan World Giving Index 2022 yang dilancarkan baru-baru ini diikuti Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.

Menurut CAF, Indonesia mengekalkan kedudukan itu dengan indeks 68 peratus iaitu lapan daripada 10 orang menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.

Disusuli Kenya dengan skor 61 peratus iaitu sebanyak 77 peratus rakyatnya membantu seseorang yang mereka tidak kenali berbanding purata global 62 peratus.

Tradisi gotong-royong

Laporan itu menyatakan agama serta populasi yang besar di Indonesia dan Kenya menjadi pemacu utama peningkatan tahap penyertaan serta pemberian sejak lima tahun lalu.

“Keputusan ini juga didorong oleh tradisi budaya masyarakat seperti gotong-royong di Indonesia dan harambee di Kenya yang menyatukan orang ramai pada masa mendesak termasuk ketika pandemik COVID-19,” menurut CAF.

World Giving Index 2022 menggunakan data yang dikumpul dari 119 negara oleh kumpulan penyelidik pasaran Gallup.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS