Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PSM, PH dijangka bincangkan pakatan bersama esok

Pertemuan di antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk membincangkan pakatan pilihan raya dijangka berlangsung Ahad ini, kata S Arutchelvan.

Menurut timbalan pengerusi PSM itu, hal tersebut dimaklumkan ke pihaknya oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin memberitahu seramai tiga orang wakil PH akan berunding dengan PSM.

"(Setiausaha organisasi kebangsaan DAP) Steven Sim (pula) memberitahu kami mesyuarat itu kemungkinan besar akan berlangsung Ahad ini," kata Arutchelvan ketika dihubungi Malaysiakini.

Perkembanan itu berlaku selepas Arulchelvan menggesa PH - pada 19 Okt lalu - untuk segera mengadakan perbincangan mengenai pakatan pilihan raya dan membuat keputusan segera mengenai ketika masa untuk berkempen semakin hampir.

Sebelum ini PH dilaporkan menghantar draf perjanjian pakatan pilihan raya kepada PSM pada 13 Okt untuk diteliti dan kembali untuk rundingan lanjut.

Arulchelvan berkata pada dasarnya PSM bersetuju dengan draf perjanjian tersebut yang bakal menyaksikan mereka memasuki fasa baru rundingan mengenai pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan oleh PSM.

Justeru mereka menyatakan kesediaan untuk berbincang lebih lanjut dengan jawatankuasa PH Harapan bagi memperhalusi perjanjian berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS