Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Individu maut dihempap kereta ketika curi tabung ekzos
Diterbitkan:  Oct 20, 2022 10:10 AM
Dikemaskini: 2:51 AM

Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta setelah alat ‘jack” yang digunakan tergelincir ketika sedang mengeluarkan tabung ekzos kenderaan tersebut di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, dekat Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 4 hingga 6 pagi ketika mangsa, seorang warga tempatan berusia 40 tahun dan rakannya disyaki sedang mencuri tabung ekzos kereta berkenaan.

“Tiba-tiba alat pengangkat kereta yang digunakan terjatuh menyebabkan mangsa maut dihempap bahagian tengah kereta itu. Kes disiasat di bawah kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun disyaki rakan mangsa di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, pada 10.45 pagi semalam.

“Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos dan pecah rumah serta dua rekod berkaitan kes dadah,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri dan suspek akan direman hari ini.

- Bernama 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS