Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan dia masih layak untuk mempertahankan kerusi parlimen Langkawi walaupun ada yang menggesanya bersara pada usia 97 tahun.

Dia menjelaskan dirinya tidak nyanyuk seperti orang lain pada usianya.

Saya ini nampak nyanyuk ? Saya boleh jawab soalan kamu, soalan orang lain.

“Yalah memang orang umur 97 biasa nyanyuklah.

Gambar fail.

“Tetapi adakah anda melihat saya sebagai (nyanyuk)," soalnya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Keputusan Mahathir untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang didakwa tidak mendapat sambutan.

Kerjaya politik Dr Mahathir menjangkau lebih 75 tahun dan beliau berkhidmat dua kali sebagai perdana menteri negara, dari 1981 hingga 2003 dan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Sementara itu, Mahathir menafikan pernah meminta bantuan daripada Bendahari Umno Tengku Adnan Tengku Mansor untuk "menyelamatkan" dirinya daripada parti komponen Pakatan Harapan.

"Tak pernah, tak ada pun ," katanya.

Semalam, Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir "hanya topeng dan boneka" dalam kabinet PH.

Dakwa Tengku Adnan, Mahathir meminta pertolongan dengannya kerana tidak tahan dengan Amanah dan DAP.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS