Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: GTA bimbang hilang undi Melayu jika bersama PH

Gerakan Tanah Air (GTA) enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana bimbang hilang undi Melayu, yang disasarkannya pada PRU15 akan datang.

Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad mengakui GTA berisiko tidak dapat meraih sokongan pengundi Melayu jika ia memilih untuk bekerjasama dengan PH, kerana orang Melayu tidak menyukai DAP, ahli komponen blok pembangkang.

"Parti PH ini, masalahnya ialah orang Melayu kebanyakan tak suka dengan DAP, jadi kita kerjasama dengan PH, mungkin kita hilang undi Melayu," katanya memberitahu sidang media di Putrajaya hari ini selepas bertemu akar umbi GTA.

Mengulangi pendirian GTA, Dr Mahathir berkata undi untuk Umno adalah undi untuk menjual negara.

"Ya, kita bermusuh dengan Umno, kerana Umno kalau menang rosak habis negara.

"Kita dah tau latar belakan Umno ini, masa mereka jadi kerajaan di bawah Najib (Razak) dan (Ahmad) Zahid (Hamidi) yang rosak Umno, rosak negara, rosak duit rakyat dan sebagainya," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS