Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,873 kes baru Covid-19, tiga kematian dilaporkan
Diterbitkan:  Oct 19, 2022 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,873 lagi kes baru Covid-19 sehingga semalam.

Jumlah kes aktif pula sehingga semalam ialah 23,425, menurun 1.7 peratus dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (699)

Kuala Lumpur (412)

Sabah (133)

Perak (101)

Negeri Sembilan (79)

Kedah (75)

Sarawak (72)

Johor (61)

Pulau Pinang (60)

Kelantan (49)

Melaka (45)

Pahang (29)

Putrajaya (26)

Terengganu (25)

Perlis (7)

Tiga lagi kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam, iaitu dua kes di Johor dan satu kes di Sabah.

Sejak minggu lepas, purata 2.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.8 dan ini menunjukkan trend menurun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,426 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 52 kematian dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, ada 158 kes kematian pada September dan 247 kes pada Ogos.

Seramai 1,022 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 43 daripadanya sedang mendapat rawatan rapi.

Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (99) disusuli Sabah (75) dan Johor (48).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS