Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GLOBAL l Australia tarik balik iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

GLOBAL l Australia hari ini membatalkan keputusan kerajaan terdahulu yang mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel, dengan berkata status bandar itu harus diselesaikan melalui rundingan damai antara Israel dan rakyat Palestin.

Menteri Luar Penny Wong berkata Australia "akan sentiasa menjadi rakan setia Israel" dan komited kepada penyelesaian dua negara dengan Israel dan Palestin masing-masing saling wujud bersama secara aman dalam sempadan yang diiktiraf oleh negara antarabangsa.

"Australia kekal komited kepada penyelesaian dua pihak bagi konflik antara Israel dan Palestin dan kita tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan prospek ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Disember 2018, kerajaan konservatif yang dipimpin oleh Perdana Menteri Scott Morrison secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel walaupun tidak memindahkan kedutaan negara itu di Tel Aviv.

Perubahan itu menyusul keputusan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis dan memindahkan kedutaan negaranya, setahun sebelum itu.

Wong memberitahu pemberita keputusan Morrison pada 2018 “adalah langkah luar peringkat antarabangsa dan percubaan 'sinikal' untuk memenangi pilihan raya kecil di kawasan Sydney yang mempunyai ramai penduduk Yahud” dan disambut dengan kebimbangan oleh jirannya, Australia yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam.

"Saya kesal dengan keputusan Encik Morrison yang bermain politik sehingga menyebabkan pendirian Australia berubah, dan kesusahan yang disebabkan oleh perubahan ini kepada ramai orang dalam komuniti Australia yang sangat mengambil berat tentang isu ini," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS