Paling Popular
Terkini

Saraani Mohamad akan kekal menteri besar BN, jika gabungan itu menang pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap di  majlis “Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran” bersama BN di Bagan Datuk, Perak, hari ini, Zahid berkata BN akan mengekalkan Saarani susulan pencapaian cemerlangnya.

"Kita doakan Allah subhanahu membuka hati tuanku seri paduka Sultan Perak untuk perkenan melantik Saarani sebagai menteri besar perak semula (jika BN menang DUN Perak).

"Saya mengulangi mohon perkenan Tuanku untuk Saarani,” katanya di majlis tersebut turut dihadiri Saraani dan pemimpin-pemimpin utama Umno dan BN.

Ahmad Zahid Hamidi

Hampir 3,000 pemimpin dan ahli parti komponen BN menghadiri program ini.

Sementara itu, Zahid berharap BN akan menang besar dan menjadi parti dominan semula.

"Sanggupkah kita bekerja kuat dan keras dan menolong Saarani agar Perak memberikan sumbangan yang besar kepada kemenangan BN," katanya.

Pagi ini Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada pembubaran UN Perak berkuat kuasa hari ini, menurut Saarani.

Saarani yang juga Adun Kota Tampan sejak 2004, dilantik sebagai menteri besar Perak ke-14 sejak 10 Disember 2020 menggantikan penyandangnya Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan dalam usul undi percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 4 Disember 2020.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN.

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Adun BN, DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS