Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda Umno Muar nafi terlibat, tolak politik provokasi
Diterbitkan:  Oct 17, 2022 1:49 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Pemuda Umno Muar menafikan dakwaan bahawa ia terlibat dalam kekecohan di ceramah Muda di Muar malam semalam.

Penafian itu dibuat susulan dakwaan penyandang ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh Umno sebagai dalang di belakang kumpulan 20 pemuda yang cuba mengganggu ucapannya.

Ketua Pemuda Umno Muar Helmy Abdul Latif bagaimanapun berkata dia tidak memberi sebarang arahan untuk mencetuskan kekecohan dan menolak segala bentuk provokasi dalam politik.

“Selaku Ketua Pemuda Umno Muar, saya berkeras habis-habisan menolak politik secara provokasi seperti ini.

“Tak kira dibayar atau tidak, ini satu budaya yang tidak sihat dalam politik di negara kita,” ciapnya di Tweeter.

Malam semalam, kira-kira 20 orang muncul di ceramah itu dengan motosikal dan encetuskan pergaduhan mulut dengan ahli dan penyokong Muda ketika presiden parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan ucapan.

Beberapa ahli kumpulan itu menuduh Syed Saddiq sebagai "penipu" semasa ucapannya, ketika dia bercakap mengenai sumbangannya kepada pengundi Muar pada penggal lalu.

Seorang daripada kumpulan itu berulang kali melaungkan "penipu" dan penyokong Muda membalasnya dengan menyuruh mereka "balik".

Walaupun polis bantuan yang hadir meminta mereka beredar, kumpulan tersebut berlegar di kawasan ceramah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS