Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jika PRU15 hari bekerja, majikan perlu beri kelonggaran keluar undi
Diterbitkan:  Oct 16, 2022 8:45 PM
Dikemaskini: 12:45 PM

Majikan perlu memberikan kelonggaran atau cuti kepada pekerja jika hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jatuh pada hari bekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata ini kerana adalah menjadi hak setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi dan menunaikan kewajipan mereka.

“Majikan perlu akur pada arahan kerajaan. Mereka perlu benarkan pekerja keluar mengundi. Sama ada dengan cuti peristiwa, cuti ganti atau cuti beberapa jam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di Tapah hari ini.

Beliau berkata mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Okt ini bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS