Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nurul Izzah nafi dakwaan rundingan sulit Umno-PKR
Diterbitkan:  Oct 16, 2022 6:03 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menafikan dakwaan bahawa parti itu sedang mengadakan rundingan sulit bersama Umno, untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sudah terang lagi bersuluh kekecewaan kami, selaku ahli parlimen yang tidak mahu parlimen dibubarkan kerana ia mengheret seluruh rakyat Malaysia untuk berhadapan dengan bahaya bencana alam dan musim tengkujuh.

“Kita tidak mahu menerima pakai politik begini dan ini sekadar khabar angin yang tidak sihat menjelang PRU,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di George Town hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, perbincangan sulit itu dilakukan antara pasukan Presiden

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS