Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Walau tak pernah bertanding, Gerakan Kelantan komited bantu PN

Walaupun tidak mempunyai pengalaman bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan, Gerakan negeri itu menyatakan mereka tetap komited untuk membantu Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Pengarah Pilihan Raya Gerakan Kelantan Ong Khang Woon berkata apa yang penting adalah mereka mahu memastikan parti yang mewakili PN menang di kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri itu.

"Gerakan Kelantan tidak pernah berpeluang bertanding dan pada PRU15 ini juga kita tidak akan bertanding di sini. Kita bersikap lebih terbuka dan realistik, serta mengutamakan rakan-rakan parti komponen yang dilihat lebih berpotensi.

"Tetapi kami akan turut turun berkempen sebagai jentera PN menjelang PRU15 nanti," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir adalah Pengerusi Gerakan Kelantan Gan Awang.

Ong berkata, Gerakan Kelantan akan melihat peluang untuk bertanding pad pilihan raya peringkat DUN akan datang.

"Kalau pilihan raya DUN mungkin kita akan bertanding jika ada peluang, tapi ia bergantung kepada situasi dan keputusan pemimpin tinggi juga.

"Buat masa ini kita tumpu untuk bantu bagi memastikan kemenangan calon-calon PN sama ada dari PAS atau Bersatu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS