Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSM: Secara prinsip setuju kerjasama dengan PH
Diterbitkan:  Oct 15, 2022 5:18 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersetuju secara prinsip untuk mengadakan kerjasama pilihan raya (electoral pact) dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata keputusan tersebut diambil dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PSM.

"Jawatankuasa Pusat PSM pada hari Jumaat telah meneliti deraf persetujuan pakatan pilihan raya antara parti-parti komponen PH.

"PSM secara prinsipnya bersetuju dengan persetujuan pakatan pilihan raya dengan PH yang merupakan satu dokumen prinsip-prinsip asas persetujuan bersama," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian susulan Majlis Presiden PH sebelum ini dilaporkan akan menghantar draf perjanjian kepada kedua-dua parti hari ini.

Pada 13 Okt, anggota majlis presiden PH Steven Sim berkata draf perjanjian itu dihantar untuk disemak dan dikembalikan semula untuk rundingan.

Bagaimanapun, katanya draf perjanjian itu tidak menetapkan soal peruntukan kerusi.

Sementara itu, Arul berkata masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan sedikit penjelasan dan PSM sedia berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Raya PH untuk memperhalusi dokumen pakatan pilihan raya itu.

"Selaras dengan ini, PSM berharap isu kerusi dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini untuk memastikan kemenangan pilihan raya nanti dan kempen boleh dijalankan dengan berkesan," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS