Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah kemuka 127 alasan dalam rayuan kes rasuah projek tenaga solar

Rosmah Mansor menyediakan sebanyak 127 alasan dalam rayuannya bagi mengetepi kan sabitan dan hukuman penjara serta denda dalam kes rasuah projek tenaga solar hibrid bernilai  RM1.25 billion.

Antara alasan itu, Rosmah tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan projek kerajaan dan dia hanya isteri kepada perdana menteri sebelum ini Najib Abdul Razak. 

Dia juga mendakwa hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan berat sebelah terhadapnya.

Petisyen rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan semalam oleh peguamnya daripada tetuan Akberdin & Co.

Dia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September lalu berkaitan tiga pertuduhan rasuah dalam projek untuk 369 sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadapnya sebelum ini ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di mahkamah lebih tinggi.

Menurut salinan petisyen yang diperoleh media, Rosmah mengulangi hujah pembelaan bahawa bekas pembantunya Rizal Mansor menjadi dalang kes itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS