Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerjasama PRU15: Pimpinan Muda sambut baik keputusan PH
Diterbitkan:  Oct 13, 2022 2:24 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Seorang pemimpin kanan Parti Ikatan Demokratik Malaysia ( Muda) meyambut baik keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerjasama dengan parti baru itu pada PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli jawatankuasa eksekutif Muda, Lim Wei jiet berkata adalah penting untuk pembangkang bersatu menentang BN dan mengelakkan pertandingan banyak penjuru.

“Saya mengalu-alukan keputusan PH membentuk kerjasama pilihan raya dengan Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

"Adalah penting bagi parti pembangkang yang memperjuangkan Malaysia berbilang kaum yang progresif untuk bersatu dan mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang hanya akan menguntungkan Umno-BN," katanya dalam kiriman mesej kepada Malaysiakini.

Malaysiakini menghubungi Lim bagi mendapatkan respons berhubung keputusan majlis presiden PH malam tadi, yang sebulat suara menjadikan Muda sebagai sekutu pada PRU15.

Semalam, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata PH perlu memperhalusi beberapa butiran dalam kerjasama mereka, seperti rundingan kerusi dan logo.

Muda masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan itu.

Muda yang ditubuhkan pada 2020, telah mengadakan rundingan dengan kepimpinan PH dan memohon menyertai gabungan pembangkang itu sebagai parti komponen.

Permohonan Muda bagaimanapun menemui halangan berikutan sesetengah pihak dalam PH membantah keras idea berkenaan berikutan perselisihan pendapat antara mereka, termasuk keputusan Muda bertanding menentang PKR semasa pilihan raya negeri Johor pada Mac lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim yakin Muda dan PH boleh bekerjasama untuk melawan "musuh sebenar" mereka iaitu Umno dan BN.

“Saya juga berharap untuk bekerjasama dalam dasar bersama yang kita persetujui sebagai rakan kongsi pilihan raya.

"Pengundi mahukan penyelesaian kepada masalah mereka dan keyakinan bahawa kerajaan PH+ akan menguntungkan mereka - kita tidak boleh menang dengan hanya menyerang Zahid Hamidi dan Umno-BN,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS