Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir Sabah kekal 122, di Sarawak turun kepada 38 
Diterbitkan:  Oct 12, 2022 12:12 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Mangsa banjir di Sabah yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal sebanyak 122 orang manakala di Sarawak pula menurun daripada 38 ke 33 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah berkata mangsa banjir di negeri itu terdiri daripada 32 keluarga, dengan pecahan seperti berikut:

  • 61 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Projek Perumahan Rakyat Sri Keramat, Putatan

  • 51 mangsa daripada 19 keluarga di Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort 

  • 10 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU 

Menurut Bernama, PPS Dewan Kebudayaan di Penampang ditutup semalam dan kesemua 20 mangsa daripada empat keluarga di situ dibenarkan pulang.

Kesemua PPS dibuka pada Ahad dan Isnin susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata di Sarawak dua PPS masih dibuka di daerah Subis, Miri.

“Lima mangsa daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah manakala 28 mangsa daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Masyarakat Bekenu,” menurut kenyataan itu.

PPS Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) di Kapit ditutup pada pukul enam petang semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS