Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bubar parlimen musim Deepavali bukti MIC 'pak turut' Umno
Diterbitkan:  Oct 11, 2022 7:16 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

Pembubaran parlimen pada musim Deepavali membuktikan MIC sekadar menjadi “pak turut" kepada kehendak Umno, kata Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola PKR Thiban Subbramaniam.

Thiban berkata dia amat kecewa dan kesal kerana pembubaran parlimen ini berlaku hanya dua minggu sebelum perayaan Deepavali.

"MIC yang seringkali melaungkan mereka adalah pejuang masyarakat India, kini bersekongkol dengan pemimpin Umno yang rakus kuasa serta menjadi ‘pak turut’.

"Pembubaran parlimen semasa perayaan Deepavali jelas membuktikan #KeluargaMalaysia Ismail Sabri hanya retorik politik," katanya.

Semalam, perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pembubaran parlimen ke-14, memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.

Thiban menambah bahawa terdapat desas-desus yang mengatakan kemungkinan besar penamaan calon akan diadakan pada 22 Oktober, iaitu dua hari sebelum perayaan Deepavali.

“Dalam kesibukan menyambut perayaan Deepavali, kempen PRU pula akan dimulakan tanpa menghiraukan calon mahupun pengundi masyarakat India.

"Dalam ucapan perutusan khas pembubaran parlimen Ismail Sabri telah mendabik dada melaungkan slogan #KeluargaMalaysia yang kononnya mengambil kira kepentingan semua rakyat Malaysia.

"Namun, realitinya pimpinan Umno Barisan Nasional langsung tidak menghiraukan dan menghormati sentimen dan kepentingan masyarakat India yang bakal menyambut perayaan Deepavali,” katanya.

Thiban juga berkata pembubaran parlimen tidak akan berlaku sewaktu sambutan Aidilfitri mahupun Tahun Baru Cina kerana ia akan membawah impak negatif kepada Umno dan BN.

“Namun tindakan mereka membelakangkan sambutan Deepavali jelas membuktikan mereka langsung tidak mempedulikan undi masyarakat India," katanya.

-HABIS-

KELUARGA MALAYSIA ISMAIL SABRI TERBUKTI HANYA RETORIK POLITIK. WAHAI MIC, APA SUDAH JADI DENGAN SAMBUTAN DEEPAVALI?

Semalam seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkenaan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 15 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pembubaran Parlimen ini telah menjadi spekulasi panas semenjak mesyuarat “Top 5” Umno yang menjadi penentu hari pembubaran Parlimen berlangsung beberapa minggu lepas.

Saya berasa amat kecewa dan kesal kerana pembubaran Parlimen ini berlaku hanya dua minggu sebelum perayaan Deepavali. Ianya diketahui umum Perayaan Deepavali adalah sebuah perayaan yang disambut oleh masyarakat India sejak turun temurun.

Kini perayaan Deepavali bukan hanya disambut oleh masyarakat Hindu malah turut disambut oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang menyertai sambutan ini dan meraikan semangat kekeluargaan.

Desas desus bahawa kemungkinan besar penamaan calon pula akan diadakan pada 22 Oktober 2022 iaitu dua hari sebelum perayaan Deepavali. Dalam kesibukan menyambut perayaan Deepavali, kempen PRU pula akan dimulakan tanpa menghiraukan calon mahupun pengundi masyarakat India.

Dalam ucapan perutusan khas pembubaran parlimen hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri telah mendabik dadah melaungkan slogan #KeluargaMalaysia yang kononnya mengambil kira kepentingan semua rakyat Malaysia.

Namun realitinya Perdana Menteri Ismail Sabri dan Pimpinan Umno Barisan Nasional langsung tidak menghiraukan dan menghormati sentimen dan kepentingan masyarakat India yang bakal menyambut perayaan Deepavali.

Saya yakin dan percaya pembubaran Parlimen tidak akan berlaku sewaktu sambutan Hari Raya mahupun Tahun Baru Cina kerana ia akan membawah impak negatif kepada UMNO dan BN namun tindakan mereka membelakangkan sambutan Deepavali jelas membuktikan mereka langsung tidak mempedulikan undi masyarakat India.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS