Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cari individu gantung 6 kain rentang tak puas hati PRU15
Diterbitkan:  Oct 11, 2022 2:03 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Polis Johor sedang mengesan individu yang menggantung kain rentang memaparkan kata-kata meluahkan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik, serta berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekitar daerah Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam.

Katanya perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terlebih dahulu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Tindakan menurunkan kain rentang itu telah diambil oleh pihak MDKT, bagaimanapun individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS