Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,241 kes baru, tiga kematian Covid-19
Diterbitkan:  Oct 11, 2022 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

Sebanyak 1,241 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,856,217.

Jumlah kes aktif sebanyak 22,167, turun 7.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (543)

  • Kuala Lumpur (184)

  • Sabah (101)

  • Perak (82)

  • Negeri Sembilan (80)

  • Pulau Pinang (63)

  • Sarawak (39)

  • Johor (37)

  • Kedah (30)

  • Melaka (25)

  • Pahang (21)

  • Kelantan (14)

  • Putrajaya (12)

  • Terengganu (10)

  • Perlis (0)

  • Labuan (0)

Sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan di Kedah (1), Perak (1), Pulau Pinang (1).

Sejak minggu lepas, purata 3.3 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.2, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 158 laporan kematian bulan lepas dan 247 kematian pada bulan Ogos.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,403 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 929 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 38 di ICU.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS