Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS kecewa Parlimen bubar, optimis dengan penyatuan ummah
Diterbitkan:  Oct 10, 2022 10:27 PM
Dikemaskini: 2:27 PM

PAS menyuarakan kekecewaannya berhubung pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata, ia dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa, di saat penggal semasa telah berjalan selama empat tahun lima bulan daripada tempoh lima tahun.

Namun, katanya, PAS tetap yakin terhadap usaha menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Bersatu pada PRU15.

"PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

"Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 yang sangat penting ini," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

PAS kekal menegaskan perlunya kerjasama tersebut, di saat Umno dan Bersatu telah menyatakan kedua-dua parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dalam PRU15.

Terdahulu hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha PAS itu hanya satu taktik "muslihat".

"BN menghormati keputusan yang dicapai oleh PAS. Terserah kepada mereka bagaimana mahu bergerak pada PRU akan datang.

"Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama 'totally', bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dengan PH.

"Kami fikir itu adalah taktikal atau pun muslihat," kata Zahid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS