Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM sampaikan perutusan khas jam 3 petang ini
Diterbitkan:  Oct 10, 2022 1:46 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Perdana Menteri Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas pada jam 3 petang ini.

Dipercayai perdana menteri akan mengumumkan pembubaran parlimen.

Terdahulu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi hari ini dipetik Utusan Online mengesahkan Ismail Sabri sudah mempersembah cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya pasti Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menasihati Agong sudah melaksanakan tugasnya," katanya.


Ismail Sabri melalui akaun Twitter menyertakan hantaran poster makluman perutusan itu yang akan disiarkan di media utama, antaranya RTM, Bernama, TV3, Astro Awani , TVS dan TV Al Hijrah.

Perutusan khas ini juga dapat diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri.

Bagaimanapun, hantaran naib presiden Umno itu tidak memaklumkan butiran terperinci mengenai perutusan khas tersebut.

Semalam, New Straits Times melaporkan bahawa perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah diperkenan menghadap Agong petang semalam.

Akhbar itu kemudian mendakwa bahawa Ismail telah mendapatkan perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Begitu juga dengan China Press, yang memetik "sumber yang boleh dipercayai" tanpa nama, mendakwa Ismail Sabri dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata sidang Dewan Rakyat esok akan dijalankan seperti biasa, dengan membahaskan pembentangan Bajet 2023.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS