Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas
Diterbitkan:  Oct 10, 2022 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat Seremban pada 23 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Batu 4 Jalan Port Dickson-Teluk Kemang dekat Seremban, pada kira-kira pukul 1 tengah hari, selain merampas barangan kemas milik mangsa yang ditemukan bersama suspek.

“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kes tersebut telah diselesaikan. Polis mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat orang ramai sehingga tertangkapnya suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek akan direman sehingga 14 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang berusia 75 tahun itu ditemukan pada 8.25 malam dengan kesan kecederaan pada anggota badan di rumahnya di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat Seremban, 23 Sept lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS