Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan ke 11 peratus
Diterbitkan:  Oct 7, 2022 4:59 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa cukai pendapatan individu pemastautin yang berada dalam kumpulan cukai RM50,001 hingga RM100,000 akan diturunkan daripada 13 peratus ke 11 peratus susulan pengurangan dua mata peratusan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata kerajaan menjangkakan satu juta pembayar cukai akan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

Dia juga berkata, banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 pula diturunkan daripada 21 peratus ke 19 peratus.

Turut diumumkan ialah banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS